Warna dan nama samaran Juventus F.C.

Warna asal Juventus.

Juventus telah beraksi bersama pakaian hitam dan putih bersama dengan seluar pendek putih dan kadang kala seluar pendek hitam sejak 1903. Asalnya, meeka bermain dengan pakaian merah jambu bersama tali leher hitam. Bapa salah seorang pemain Juventus yang membuat pakaian ini tetapi jika membasuh secara berterusan, warnanya akan pudar dan mulai tahun 1903 kelab itu mencari warna yang sesuai untuk menggantikannya.[68]

Juventus bertanyakan salah seorang ahli pasukan, John Savage dari England, jika dia mempunyai apa-apa hubungan di England yang boleh membekalkan baju baru dengan pilihan warna yang lebih baik. Kebetulan dia mempunyai seorang rakan yang menetap di Nottingham, yang menjadi penyokong Notts County, lalu rakannya menghantar baju berjalur hitam dan putih ke Turin.[69] Sejak itu, Juve memakai jersi berjalur hitam da putih agar tampak agresif dan kuat.

Lambang rasmi Juventus Football Club telah menjalani pengubahsuaian sejak 1920an. Pengubahsuaian terakhir lambang Juventus semasa sebelum bermulanya musim 2004–05. Sejak itu, lambang pasukan ini terdapat jalur hitam dan putih. Ia dibahagikan dalam lima jalur menegak: dua jalur putih dan tiga jalur hitam, di dalamnya terdapat elemen-elemen berikut; di bahagian atasnya, nama kelab dan di bawahnya terdapat lengkungan emas (sebagai penghormatan). Di bahagian bawah terdapat seekor lembu yang sedang "mengecas" dan lembu itu terletak dalam perisai lama Perancis. Lembu yang sedang "mengecas" itu merupakan simbol Comune di Torino. Terdapat juga sebuah mahkota hitam yang terletak di atas simbol Turin itu. Mahkota ini melambangkan kenang-kenangan kepada Augusta Tourinorum, sebuah kota lama pada era Rom dan kini ia terletak di bahagian Piedmont.

Lambang Juventus yang diguna pada 1993 sehingga 2004

Juventus juga menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak yang menerima sebuah bintang yang diletakkan di atas lambang pada tahun 1958 untuk mewakili 10 kejuaraan liga atau gelaran Serie A.[70]

Mengikut sejarah kelab, Juventus diberi beberapa nama julukan antaranya la Vecchia Signora (Wanita Tua) sebagai contoh terbaik. "Lama" sebahagian daripada nama samaran pada Juventus yang bermaksud "belia" dalam bahasa Latin. Ia berasal dari umur pemain Juventus pada pertengahan tahun 1930-an. Perkataan "wanita" sebahagian daripada nama samaran bagaimana peminat kelab ini mesra dirujuk sebelum 1930an. Nama samaran lain kelab ini termasuklah la Fidanzata d'Italia (Kekasih Itali), oleh kerana selama ini ia telah menerima tahap sokongan yang tinggi oleh pekerja asing Selatan Itali (terutamanya dari Naples dan Palermo) yang tiba di Turin untuk bekerja di FIAT sejak tahun 1930-an. Nama samaran yang lain ialah; [La] Madama (Piedmont untuk: Puan), i bianconeri (hitam dan putih), le zebre (kuda belang[71]) merujuk kepada warna Juventus.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...